TENTANG KAMI

award1award2award3award4

Ubat-ubatan herba Teckaun dihasilkan menurut piawaian G.M.P. (Good Manufacturing Practice) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1988. Kualiti, Keselamatan dan Kecekapan adalah keutamaan tertinggi dalam proses pembuatan. Peralatan kawalan kualiti yang tepat seperti Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi (H.P.L.C.), Inframerah Transform Fourier (F.T.I.R.), Spektrofotometer Penyerapan Atom (A.A.S.), U.V. Spectrophotometer dan Polarimeter digunakan dalam menganalisis dan mengesan pelbagai elemen dalam herba. Kami menegaskan keberkesanan dan keselamatan hasilan kami dengan menggunakan ahli farmasi yang berpengalaman berserta ahli kimia sepenuh masa untuk menjalankan peperiksaan makmal.

 

Menerima lebih daripada 60 tahun sambutan hangat dan reputasi baik di Malaysia, produk Teckaun bukan sahaja telah berjaya membentuk ikatan yang kuat dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga terhadap pengguna daripada negara-negara lain in Asia Tenggara. Sokongan dari pelangan-pelangan tanpa mengira negara telah memberi dorongan kuat kepada E & P Brand Teck Aun Medical Factory untuk bertekad menghasilkan lebih banyak produk kualiti yang sejajar dengan G.M.P dan Teck Aun juga bangga untuk menyumbang kepada kebajikan perubatan dalam masyarakat.

TENTANG KAMI
TITIK TETAP KAMI

Eagle & Pagoda Brand Teck Aun Medical Factory Sdn Bhd merupakan salah satu pengilang ubat-ubat tradisional yang terulang di Malaysia. Kami ditubuhkan pada tahun 1936 dan merupakan pengeluar ‘Teck Aun Chi Kit Pills” yang mempunyai reputasi tinggi dalam seluruh Asia Tenggara. Hasilan Teck Aun amat dipercayai dalam kalangan pelanggan kerana kami menggunakan herbal yang berkualiti dan berkesan dalam melegakan sakit perut, cirit-birit, muntah, ketidakhadaman dan sakit perjalanan.

Pada tahun 1991, selaras dengan dedikasi untukt menghasilkan lebih banyak produk herba yang berkualiti, “Teck Aun Pil Herba” yang telah dikaji dan dirumus secara terperinci telah dilancarkan. Ia merupakan ubat berkesan dalam melegakan kepanasan dalam badan yang menunjukkan tanda demam. Ubat ini mendapat sokongan tetap daripada para pengguna untuk digunakan di rumah serta semasa pengangkutan .

 

Manakala pada tahun 1992, kedua-dua produk herba “Teck Aun Pil Chi Kit” dan “Teck Aun Pil Herba” telah dianugerahkan dengan nombor berdaftar untuk perubatan herba tradisional, iaitu MAL 19950914T dan MAL 19950915T masing-masing.